Wednesday 6 July 2011

hati kata.

makan. ya aku baru lepas makan. tiba-tiba teringat kat rumah. dalam masa yang sama tengah bandingkan situasi dekat rumah dengan kat sini.

DI RUMAH :
hati kata: asal masa makan je nak kena berebut. kan best kalau makan sorang-sorang. tak payah berebut.


DI HOSTEL IPG a.k.a  DALAM BILIK: 
hati kata lagi: haihhh bosannya makan sorang, rindu nak berebut makanan dengan adik beradik.

hmmm..memang tak bersyukur aku ni kan. ada makanan nak berebut. orang yang tak ada makanan entah macam mana la hidup depa kan? yang aku ni baru berebut sikit dah merungut. yang orang susah terpaksa bergasak dalam ratusan orang tak pun merungut macam aku ni ha. bila makan sorang-sorang pulak mula la membazir. cakap kenyang la semua.


ni la santapan cacing dalam perut aku tadi
alhamdulillah :)
warning a.k.a moral of the story : jangan jadi macam aku, manusia yang tak reti bersyukur. moga jadi peringatan untuk aku, dia dan mereka :)


nota ringan: semua kerja hampir selesai. syukur alhamdulillah.

Tuesday 5 July 2011

bukan yang pertama

sakit hati.
sakit hati punya pasal maka tercipta blog kedua ni.
blog pertama? biarlah semua memori di dalamnya aku sahaja yang tahu.
terlalu banyak yang terpedam, tersemat kukuh didalamnya.
terlalu banyak kisah duka dan derita dari bahagia.
yang pastinya segala suka dan duka aku sekarang akan ku kongsi disini.

dan kau, kenapa sanggup menipu aku. kenapa perlu ada perasaan ini? kenapa? aku akui kau bukan yang pertama tapi kau juga bukan yang terakhir. jangan sakitkan hati aku lagi. aku tak perlukan kau. aku kuat tanpa kau. pergi!




nota ringan: alhamdulillah mak makin sihat. aku pun dah rasa sihat sikit lepas muntah-muntah semalam.